+603.7781.4333
admin@umrahmakbul.com

Aturcara Umrah Ziarah Cairo Iskandariah

ATURCARA PERJALANAN UMRAH ZIARAH CAIRO ALEXANDRIA (EGYPT)

*Tertakluk kepada perubahan

TARIKH TEMPAT PERISTIWA

1

KUALA LUMPUR -CAIRO Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas unutuk penerbangan ke Cairo.

2

CAIRO Setibanya di airport Cairo jemaah akan dibawa ke hotel dan seterusnya jemaah akan dibawa melawat 3 Pyramid, Spihnx, Valley Temple, Galery Papyrus dan Kilang Perfume. Seterusnya lawatan ke Masjid Al-Azhar, Masjid Hussein dan membeli belah di Khan El Khalili Bazaar.
 

3

ALEXANDRIA Selepas sarapan pagi, bertolak ke Alexandria dengan menaiki bas. Seterusnya di bawa melawat ke tempat-tempat menarik seperti Istana King Farouk dan Motazah Garden, Roman Theater, Qiat Bay's Fort, Bibliotheca Alexandrina (perpustakaan di Alexandria), Makam Nabi Daniel dan Loqman El Hakim, Morsi Abu El Abbas Mosque. Setelah selesai membuat lawatan di Alexandria, bertolak ke Cairo dan bermalam di Cairo.

4

CAIRO-JEDDAH

Daftar keluar hotel. Melawat ke Unknown Soldier Memorial dan The Late President Sadat Tomb. Seterusnya bertolak ke airport dan meneruskan penerbangan ke Madinah. Setibanya di Madinah, jemaah di bawa ke hotel. Aktiviti bebas untuk memperbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi.

5 & 6

MADINAH (ZIARAH DALAM/LUAR) (Waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Madinah)
Selepas sarapan, jam 6.30 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk ziarah :-

Ziarah Dalam
i) Ziarah makam Rasulullah s.a.w dan makam para sahabat
ii) Raudhah
iii) Perkuburan Baqi

Ziarah Luar
i) Ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh
ii) Jabal Uhud
iii) Bazar kurma / ladang kurma

Jemaah dinasihatkan mengutamakan bersolat di Masjid Nabawi, seperti mana sabda Rasulullah s.a.w :

"Pahala sembahyang di masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripda di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram."

7

MADINAH - MAKKAH Jemaah dinasihatkan membuat ziarah wida di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Makkah (menaiki bas) . Sebelum bertolak jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Dalam perjalanan, jemaah akan singgah di Masjid Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif. Setibanya di Makkah, jemaah akan mendaftar di tempat penginapan. Kemudian jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah, Saei dan tahlul. Selesai umrah, jemaah bebas untuk untuk beribadah didalam Masjidil Haram.

8-12

  (waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Makkah)

Selepas sarapan, jam 6.30 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi untuk ziarah :

A) Ziarah Dalam
(tertakluk kepada waktu dan keadaan di Masjidil Haram)

i) melawat sekitar Masjidil Haram seperti Bukit Abi Kubis
ii) tapak rumah Abu Bakar
iii) tapak rumah Saidina Omar
iv) tapak rumah Siti Khadijah (isteri Nabi)
v) tapak kelahiran Nabi Muhammad
vi) tapak rumah Abu Lahab
vii) masjid jin ( tempat Nabi Muhammad berdakwah pada
golongan Jin)
viii) masjid Syarajah (pokok yang datang bertemu Nabi)
ix) perkuburan Ma'la (tempat Siti Khadijah dikebumikan)
x) kawasan pasar zink dan masjid kucing
xi) Bukit Abi Qabis - tempat Hajar Aswad disimpan sebelum belum diletak di Baitullah.

B) Ziarah Luar
i) Jabal Thur, Arafah
Ii) Jabal Rahmah
Iii) Jabal Nur
iv) Muzdhalifah
v) Mina (tempat melontar seperti Jamratul Aqabah, Ula, Wusta)
vi) Jemaah akan dibawa ke Ja'ranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadat umrah.

13


MAKKAH -CAIRO Daftar keluar hotel. Jemaah dinasihatkan menyempurnakan tawaf wida' sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah dibawa ke airport Jeddah untuk penerbangan ke Cairo. Tiba di airport Cairo.

14

KUALA LUMPUR Dijangka tiba di KLIA.

Aturcara Lain:
  1. Aturcara Umrah Biasa
  2. Aturcara Umrah Ramadhan
  3. Aturcara Umrah Ziarah Cairo-Iskandariah
  4. Aturcara Umrah Ziarah Istanbul
  5. Aturcara Umrah Ziarah Jordan-Petra