+603.7781.4333
admin@umrahmakbul.com

Aturcara Umrah Ziarah Istanbul

ATURCARA PERJALANAN UMRAH & ZIARAH ISTANBUL

*Tertakluk kepada perubahan

HARI TEMPAT AKTIVITI

1

KUALA LUMPUR - ISTANBUL

Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas untuk penerbangan ke Istanbul. Tiba di Istanbul Atarturk Airport, seterusnya dibawa ke hotel dan makan malam.

2

 

JALAN-JALAN ISTANBUL

Istanbul sememangnya terkenal dengan sejarah dan kebudayaan. Anda akan dibawa melawat ke Roman Hippodrome, Masjid Biru, Topkapi Palace dan Camlica Hill untuk melihat panaroma di Istanbul.

 

3

ISTANBUL

Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa menaiki Bosphorus Cruise. Kemudian akan ke Spice Market yang turut dikenali sebagai Egyptian Bazaar. Seterusnya masa membeli belah di Grand Bazaar. Kembali ke Hotel dan makan malam.

 

4

ISTANBUL/
JEDDAH/
MADINAH

Selepas sarapan pagi, jemaah bebas melakukan aktiviti masing-masing sementara menunggu masa untuk ke Jeddah. Setibanya di Jeddah, jemaah akan disambut oleh mutawwif dan dibawa terus ke Madinah menaiki bas.

 

5 - 6

MADINAH (ZIARAH DALAM/
LUAR)

(Waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Madinah)
Selepas sarapan, jam 6.30 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk ziarah :-

a) Ziarah Dalam
i) Ziarah makam Rasulullah s.a.w dan makam para sahabat
ii) Raudhah
iii) Perkuburan Baqi

b) Ziarah Luar
i) Ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh
ii) Jabal Uhud
iii) Bazar kurma / ladang kurma

Jemaah dinasihatkan mengutamakan bersolat di Masjid Nabawi, seperti mana sabda Rasulullah s.a.w :
"Pahala sembahyang di masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripda di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram"

C) Ziarah Pilihan Penemuan Baru
i) Masjid Tikar, Gua Uhud
ii) Kilang Al-Quran dan Lapangan Magnut

Sekiranya ada kelapangan, jemaah boleh berunding dengan mutawif untuk ziarah dengan kos tambahan.

 

7

MADINAH/
MAKKAH

 Jemaah dinasihatkan membuat ziarah wida di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Makkah (menaiki bas) . Sebelum bertolak jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Dalam perjalanan, jemaah akan singgah di Masjid Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif.

Setibanya di Makkah, jemaah akan mendaftar di tempat penginapan. Kemudian jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah, Sae'i dan tahlul. Selesai umrah, jemaah bebas untuk untuk beribadah didalam Masjidil Haram.

 

8 - 12

MAKKAH

(waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Makkah)

Selepas sarapan, jam 6.30 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi untuk ziarah :

A) Ziarah Dalam (tertakluk kepada waktu dan keadaan di Masjidil Haram)
i) melawat sekitar Masjidil Haram seperti Bukit Abi Kubis
ii) tapak rumah Abu Bakar
iii) tapak rumah Saidina Omar
iv) tapak rumah Siti Khadijah (isteri Nabi)
v) tapak kelahiran Nabi Muhammad
vi) tapak rumah Abu Lahab
vii) masjid jin ( tempat Nabi Muhammad berdakwah pada golongan Jin)
viii) masjid Syarajah (pokok yang datang bertemu Nabi)
ix) perkuburan Ma?ala (tempat Siti Khadijah dikebumikan)
x) kawasan pasar zink dan masjid kucing
xi) Bukit Abi Qabis - tempat Hajar Aswad disimpan sebelum diletak di Baitullah.

B) Ziarah Luar
i) Jabal Thur, Arafah
Ii) Jabal Rahmah
Iii) Jabal Nur
iv) Muzdhalifah
v) Mina (tempat melontar seperti Jamratul Aqabah , Ula,Wusta)
vi) Jemaah akan dibawa ke Ja?ranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadat umrah.

 

13 - 14

 

Selepas bersarapan, jemaah boleh melakukan aktiviti bebas.

 

15

MAKKAH


Daftar keluar hotel . Jemaah dinasihatkan menyempurnakan tawaf wida? sebelum meninggalkan Makkah.

Jemaah kemudiannya akan dibawa ke lapangan terbang Jeddah untuk penerbangan pulang dengan pesawat

Gulf Air dan kemudian transit di Bahrain. Seterusnya dari Bahrain terus menuju ke KLIA.

 

16


Tiba di KLIA.

 


Aturcara Lain:
  1. Aturcara Umrah Biasa
  2. Aturcara Umrah Ramadhan
  3. Aturcara Umrah Ziarah Cairo-Iskandariah
  4. Aturcara Umrah Ziarah Istanbul
  5. Aturcara Umrah Ziarah Jordan-Petra