+603.7781.4333
admin@umrahmakbul.com

Aturcara Umrah Ramadhan

ATURCARA PERJALANAN UMRAH RAMADHAN

*Tertakluk kepada pindaan

TARIKH TEMPAT PERISTIWA

1

KUALA LUMPUR - JEDDAH Jemaah diminta berkumpul di KLIA 3 jam sebelum waktu berlepas di mana passport dan boarding pass akan diserahkan kepada jemaah sebelum bertolak. Setibanya di Jeddah, jemaah akan disambut oleh mutawwif dan dibawa ke Madinah dengan menaiki bas ke hotel yang ditetapkan.

2-3

MADINAH (ZIARAH DALAM/ ZIARAH LUAR) Waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Madinah)
a) Ziarah Dalam
i. Ziarah makam Rasulullah s.a.w dan makam para sahabat
ii. Raudhah, dan
iii. Perkuburan Baqi'

b) Ziarah Luar
i.  Ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh
ii. Jabal Uhud 
iii.Bazar kurma / ladang kurma

Jemaah dinasihatkan mengutamakan bersolat di Masjid Nabawi sepertimana sabda Rasulullah s.a.w :
"Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram"

c) Ziarah Pilihan Penemuan Baru
i.  Masjid Tikar, Gua Uhud
ii. Kilang Al-Quran dan Lapangan Magnet
Jika ada masa jemaah boleh berunding dengan mutawwif untuk ziarah dengan kos tambahan.

4

MADINAH - MAKKAH Jemaah dinasihatkan membuat ziarah wida' di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Makkah (menaiki bas). Sebelum bertolak, jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram).

Dalam perjalanan, jemaah akan singgah di masjid Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif.

Setibanya di Makkah, jemaah akan mendaftar di tempat penginapan. Kemudian jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah, sa'i dan tahlul. Selesai umrah, jemaah bebas untuk beribadah di dalam Masjidil Haram.

5-10

MAKKAH

(waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Makkah) sekiranya mendapat maklumat
A)  Ziarah Luar
i.  Jabal Thur,
ii. Arafah, Jabal Rahmah,
iii.Muzdalifah,
iv.Mina ( tempat melontar seperti Jamratul Aqabah, Ula dan Wusta )
v. Jemaah akan dibawa ke Ja'ranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah.
vi.Jabal Nur.

B) Umrah Tanaim
(Waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Makkah )
Jemaah akan dibawa ke Tanaim ( Masjid Saidatina Aishah ) untuk bermiqat ( niat mengerjakan umrah ) dan seterusnya kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadat umrah.

C) Waktu-waktu Lapang dan Umrah
Selain dari mengikuti ziarah pilihan, jemaah bebas mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

"Pada Ka'abah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari, iaitu 60 untuk tawaf, 40 untuk solat sunat dan 20 untuk melihat ka'abah"

D) Ziarah Pilihan Jemaah
( Waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Makkah )

a. Ziarah Hudaibiyah
i. Ziarah tempat-tempat bersejarah di Hudaibiyah (Syumaisi), Perigi Saidina Othman dan Masjid Lama.
ii. Melawat ladang unta dan membeli susu unta.
iii. Tertakluk jika pihak syarikat mendapat keizinan daripada pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi, jemaah akan dibawa melawat ke muzium 2 Masjid ( Masjid Nabawi & Masjidil Haram ) dan Kiswah ( kilang kelambu ka'abah ),
iv.Jemaah akan di bawa bermiqat (berniat ihram umrah) kemudian kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan rukun umrah.

(Lawatan ini tidak termasuk di dalam harga pakej, sekiranya ingin pergi jemaah boleh berunding dengan mutawwif dengan perbelanjaan tambahan SR30 seorang ).
 
b. Ziarah Gua Hera'
Sekiranya ada permintaan, jemaah akan dibawa mendaki Jabal Nur melihat Gua Hera' iaitu tempat Rasulullah s.a.w. menerima wahyu yang pertama pada waktu malam selepas Isha'.

( perbelanjaan tambahan SR10 seorang. Jemaah dinasihatkan membawa kasut dan pakaian yang sesuai serta mesti mempunyai kesihatan yang baik untuk mendaki Gua Hera' yang biasanya pada waktu malam - selepas Isha' ).

11-12

MAKKAH - JEDDAH - KUALA LUMPUR Jemaah dinasihatkan menyempurnakan tawaf wida sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah kemudiannya akan dibawa ke lapangan terbang Jeddah untuk penerbangan ke KLIA. Jemaah dijangka tiba mengikut jadual yang ditetapkan.

Aturcara Lain:
  1. Aturcara Umrah Biasa
  2. Aturcara Umrah Ramadhan
  3. Aturcara Umrah Ziarah Cairo-Iskandariah
  4. Aturcara Umrah Ziarah Istanbul
  5. Aturcara Umrah Ziarah Jordan-Petra