+603.7781.4333
admin@umrahmakbul.com

Aturcara 12 Hari

Aturcara Perjalanan Umrah 12 Hari Bersama Ar- Raudhah Travel & Tours

"Semoga mendapat Umrah yang makbul"

Hari DestinasiAturcara
1

 KUL - JED - MADINAH

Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas. Penerbangan terus ke Jeddah. Setibanya di Jeddah, Jemaah akan menaiki bas ke Madinah. Check-in hotel.
2 MADINAH
Aturcara bebas untuk jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi.
3 MADINAH Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, jemaah akan dibawa Ziarah Luar; Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain dan Pasar Kurma.
4 MADINAH Ziarah Dalam dan aktiviti bebas.
5 MADINAH - MAKKAH
Selepas sarapan, jemaah diminta membuat Ziarah Wida' (Ziarah Selamat Tinggal) sebelum berangkat ke Mekah. Jemaah dinasihatkan mandi Sunat Ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Jemaah akan singgah di Bir Ali untuk bermiqat. Setibanya di Mekah, berehat sebentar sebelum menyempurnakan ibadah Umrah bersama Mutawif.
6 MAKKAH Aturcara bebas untuk beribadah di Masjidil Haram.
7  MAKKAH Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, jemaah berkumpul di lobi hotel dan akan ke Tanaem untuk bermiqat.
8 MAKKAH
Selepas solat Subuh dan sarapan, jemaah berkumpul di lobi untuk Ziarah Kota Makkah; Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Mina, Muzdalifah dan berniat ihram Miqat di Jaaranah.
9  MAKKAH Aturcara bebas untuk memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram.
10  MAKKAH Aturcara bebas untuk memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram.
11  MAKKAH - JED - KUL
Selepas solat Subuh, jemaah diminta membuat Tawaf Wida' (Tawaf Selamat Tinggal) dan bersedia berlepas ke Airport Jeddah untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
12  KLIA  Dijangka tiba di KLIA

Aturcara Lain:
  1. Aturcara Umrah Biasa
  2. Aturcara Umrah Ramadhan
  3. Aturcara Umrah Ziarah Cairo-Iskandariah
  4. Aturcara Umrah Ziarah Istanbul
  5. Aturcara Umrah Ziarah Jordan-Petra