+603.7781.4333
admin@umrahmakbul.com

Bagaimana Membuat Tempahan

  1. Pilih Tarikh Berlepas
    Sila pilih mana-mana tarikh yang sesuai dan klik tarikh tersebut dari senarai yang disediakan di dalam pakej umrah. Borang pendaftaran akan dipaparkan.
  2. Pendaftaran
    Sila isikan borang pendaftaran tersebut. Borang ini adalah untuk semua peserta/group. Biasanya kami akan menghubungi peserta pertama untuk sebarang urusan.
  3. Bayaran Deposit
    Anda perlu membuat bayaran deposit sebanyak RM 300/orang. Bayaran awal memudahkan kami untuk mendapatkan tarikh tersebut. Kami akan meminta anda untuk memilih tarikh baru sekiranya tarikh tersebut penuh/batal.
  4. Penyediaan Dokumen
    Seterusnya anda perlu menyediakan beberapa dokumen yang telah disahkan Jab Agama/Jab Pendaftaran & Wisma Putra untuk permohonan Visa Umrah dan Ziarah. Sila sediakan dokumen tersebut apabila diminta. Para jemaah perlu menyerahkan dokumen yang tersebut selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh berangkat.
  5. Bayaran Baki
    Keseluruhan bayaran hendaklah dilunaskan selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh berangkat.

 

Panduan Membuat Bayaran

 

Panduan Penyediaan Dokumen

(Permohonan Visa Umrah dan Ziarah)

Para jemaah perlu menyediakan:

  1. Passport Antarabangsa yang masih berlaku selama 6 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 mukasurat kosong.
    Sediakan pasport sekurang-kurangnya sebulan lebih awal.
  2. Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4 x 6cm. berlatarbelakang putih dan saiz muka 80%. Lelaki tanpa bersongkok/kopiah dan wanita bertudung gelap.
  3. Buku/Surat suntikan Meninggococal Meningitis ACYW 135.
  4. Dokumen Sokongan di bawah wajib disediakan mengikut keperluan.
    STATUSDOKUMEN SOKONGAN
    Isteri Salinan sijil nikah yang telah disahkan oleh Jabatan Agama Islam dan Wisma Putra.
    Anak perempuan dan anak lelaki, perempuan bujang/ibu tunggal
    • Salinan sijil kelahiran peserta yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra.
    • Salinan sijil kelahiran adik beradik lelaki dan peserta yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra.
    • Letter of Concern dan salinan kad pengenalan bapa yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran bagi yang bermahramkan adik beradik lelaki.

    Dokumen yang diperlukan bagi warga asing:
    • Salinan permit kerja yang sah dan tempoh sah lakunya tidak kurang dari 6 bulan.
    • Mempunyai nama bapa di dalam paspot, sekiranya tiada jemaah perlu mendapatkan pengesahan nama bapa dari kedutaan berkenaan.
    • Diiringi oleh majikan yang sah. Jika majikan tidak pergi, perlulah memberikan salinan kad pengenalan dan surat kebenaran dari majikan. 
       

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi :
Hj Zam Bin Yeop melalui SMS atau telefon 019-2519 672 atau email admin@umrahmakbul.com

 

Perhatian
Jika anda menhantar slip bayaran atau salinan dokumen melalui emel: