+603.7781.4333
admin@umrahmakbul.com

Tempat-Tempat Lawatan Di Madinah

Masjid QubaMasjid Quba'
Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW. Beliau bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang bersuci di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk bersolat, maka akan diberi pahala seperti menunaikan umrah." 

 

Bukit Pemanah Jabal UhudBukit Pemanah Di Jabal Uhud
Bukit Uhud ialah bukit dari syurga. Di sini terjadinya peperangan besar yang telah mengorbankan bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Sayyidina Hamzah.

 

Masjid TujuhMasjid Tujuh
Terletak di sekitar Masjid al Fath. Di sinilah terjadinya peperangan antara kaum Quraisy dan Yahudi menentang umat Islam. Peperangan ini dinamakan Peperangan Khandak (Parit/Ahzab).

 

Masjid QiblatainMasjid Qiblatain
Masjid yang mempunyai dua mihrab, satu menghadap ke Baitulmaqdis dan satu lagi menghadap ke Baitullah. Di sinilah Rasulullah SAW melakukan solat Zohor yang mana dua rakaat pertama menghadap ke Baitulmaqdis dan dua rakaat berikutnya menghadap ke Baitullah.

 

Ladang KurmaLadang Kurma
Kurma yang paling terkenal ialah kurma Rasulullah SAW iaitu Ajwa'. Benihnya ditanam sendiri oleh baginda. Riwayat Bukhari menyatakan sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa' pada waktu pagi, nescaya racun dan sihir tidak akan memudharatkannya pada hari itu.